UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :2232-0474
Main Author :Abdullah Wahyu Hidayat, Mohd Zarif Muhammad Mustaqim, Hussien Sofian Sauri,
Title :Pengaruh Muhammad Haqqi al-Nazilli (m. 1884) terhadap amalan keagamaan masyarakat Melayu (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Muhammad Haqqi al-Nazilli (m. 1884) merupakan salah seorang tokoh ulama Islam yang penting pada abad kesembilan belas. Walaupun berasal dari Turki, beliau telah menghabiskan kebanyakan usia dan kerjayanya sebagai seorang ilmuwan yang berdomisil di Mekah dan terkenal sebagai pakar dalam bidang ilmu hadis dan tasawuf. Selain aktif mengajar, beliau turut menghasilkan sejumlah karya keagamaan yang penting dalam bahasa Arab. Secara khasnya, adikarya beliau bertajuk Khazinah al-Asrar Jalilah al-Adhkar memainkan peranan yang penting terutama sekali dalam kalangan pelajarnya yang berasal dari Alam Melayu. Ia merupakan karya berasaskan hadis Nabi SAW mengenai kelebihan dan fadilat ayat ayat al-Quran dan ibadat-ibadat lain. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai tokoh ini dan karyanya. Justeru, makalah ini bertujuan untuk membincangkan mengenainya dengan lebih mendalam. Selain membincangkan aspek biografi dan hasil karya Muhammad Haqqi dari perspektif sejarah, kertas ini terfokus untuk menganalisis metodenya dalam penilaian dan penerimaan hadis berdasarkan karyanya Khazinah al- Asrar dan pengaruhnya terhadap sesetengah amalan keagamaan masyarakat Melayu. Dapatan kajian mengetengahkan sikapnya yang mengharmonikan pandangan ulama hadis dan tasawuf dalam aspek penerimaan hadis yang memberikan kesannya terhadap amalan keagamaan masyarakat Islam, terutamanya di Alam Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)